MyPatuh app for iPhone and iPad
Developer: DAKWAH DIGITAL NETWORK SDN. BHD.
First release : 07 Oct 2022
App size: 152.83 Mb
Mypatuh merupakan satu aplikasi tempahan dimana ianya membantu pesakit - pesakit untuk mendapatkan rawatan berkenaan masalah kesihatan di klinik, hospital atau farmasi yang diiktiraf sebagai patuh syariah.
Fast lane
Pelanggan boleh terus ke kaunter dan elakkan daripada beratur panjang atau menunggu terlalu lama. Amat disyorkan kepada pengguna yang mahu perkhidmatan yang pantas
Menjimatkan masa
Menjimatkan masa anda tanpa perlu ke klinik untuk membuat temu janji, hanya pilih klinik yang menjadi pilihan anda dan tempah sekarang
Pelbagai pilihan pembayaran
Menawarkan beberapa pilihan pembayaran sama ada pembayaran atas talian menggunakan “online banking”, manual transfer dan paypal
Waktu operasi 24/7
Tempahan boleh dibuat pada bila-bila masa walaupun di luar waktu bekerja dengan menggunakan aplikasi mypatuh
Notifikasi emel dan whatsapp
Setiap aktiviti tempahan, pembayaran dan sebagainya, pengguna akan menerima notifikasi melalui emel dan whatsapp bagi memastikan tidak terlepas sebarang pengesahan daripada pihak klinik
Tiada caj tempahan
Aplikasi mypatuh tidak mengenakan sebarang caj tambahan jika pelanggan membuat tempahan. Harga-harga yang dipaparkan di mypatuh adalah daripada pihak klinik, hospital dan farmasi
Lokasi & Carian terdekat
Hanya masukkan lokasi anda dan klinik patuh syariah berdekatan anda akan dipaparkan. Pengguna boleh dapatkan setiap lokasi klinik, farmasi atau hospital yang berdaftar di aplikasi mypatuh.
Sewaan
mypatuh juga menyediakan perkhidmatan sewaan dimana pihak klinik, farmasi dan hospital memberikan pesakit peralatan seperti kerusi roda, tongkat dan sebagainya